Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Perkukuh Peranan NADI

By 13 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatihayatul Sadi/Amiruddin Adli (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 13 April (MalaysiaAktif) – Pelantikan lapan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di negeri Terengganu penting bagi memperkukuh peranan NADI sebagai pusat sebaran maklumat dan platform pemerkasaan komuniti, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI.

“Pelantikan ini membawa tanggungjawab besar untuk memastikan NADI berfungsi secara efektif sebagai pusat rujukan maklumat sahih serta memperkasa komuniti,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Kesemua pengerusi yang dilantik akan membantu memperkukuh 72 buah NADI di Terengganu sebagai medium penyampaian inisiatif kerajaan yang lebih berkesan, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Panel Penasihat NADI di seluruh negara yang melibatkan 106 pengerusi di beberapa negeri.

Turut hadir wakil-wakil kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

-RI

Tinggalkan komen anda