Skip to main content
Berita TempatanSarawak

PKOB Igan Diaktifkan Selaras Operasi Padam Kebakaran

By 13 April 2026April 15th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurhayati Abdul Halim (Matu)

MATU, 13 April (MalaysiaAktif) – Pengaktifan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Kilometer 41 Jambatan Igan, di sini adalah langkah penting dalam menyelaras tindakan pelbagai agensi keselamatan bagi kerja pemadaman kebakaran.

Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata pengaktifan itu juga membolehkan pemantauan kawasan terjejas dilaksanakan secara lebih sistematik, pantas dan berkesan.

Pengaktifan pusat kawalan itu juga katanya mencerminkan komitmen agensi berkaitan dalam menangani risiko bencana akibat faktor cuaca yang tidak menentu di daerah ini.

“Keadaan cuaca ekstrem dikhuatiri meningkatkan risiko kebakaran lebih besar serta mencetuskan bahaya kepada kawasan sekitar.

“Jadi, masyarakat setempat diseru agar tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka serta peka terhadap keadaan persekitaran dalam cuaca panas ketika ini,” katanya ketika meninjau operasi PKOB tersebut, semalam.

-RJ-

Tinggalkan komen anda