Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Warga Emas Sokong Usaha Kemanusiaan, Sokong Kempen Derma Darah

By 13 April 2026April 15th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamzah Bohari (Song)

SONG, 13 April (MalaysiaAktif) – Usia tidak menghalang seorang warga emas di sini menderma darah menerusi Kempen Derma Darah anjuran Bomba Sukarela Song di Terminal Song, di sini hari ini.

Richard Kho Tian Ho, 76, berkata beliau tetap komited menyokong usaha kemanusiaan tersebut kerana niat ikhlasnya bagi membantu individu yang memerlukan.

“Setitis darah kita mungkin mampu menyelamatkan nyawa orang lain dan saya harap lebih ramai golongan muda tampil menderma darah,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif.

Beliau antara puluhan komuniti daerah ini yang menyertai kempen berkenaan yang turut dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertujuan bagi menambah bekalan darah di Hospital Kapit.

Penganjuran inisiatif berkenaan turut bermatlamat mendidik masyarakat mengenai kepentingan sumbangan darah secara berkala demi kesejahteraan komuniti.

-RJ-

Tinggalkan komen anda