Skip to main content
Berita TempatanSarawak

MARA Sedia Penukaran Minyak Hitam Percuma Bantu Golongan B40

By 13 April 2026April 15th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim

SRI AMAN, 13 April (MalaysiaAktif) – Majlis Amanah Rakyat (MARA) melaksanakan inisiatif penukaran minyak hitam motosikal secara percuma kepada 50 penduduk setempat sempena Forum Ekonomi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga 2026, di sini Ahad lepas.

Program di Dewan Suarah Sri Aman itu menyasarkan golongan berpendapatan rendah yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama bagi urusan harian.

Ahli Majlis MARA Siti Hajar Yasin berkata inisiatif itu dirancang khusus bagi membantu meringankan beban kos penyelenggaraan kenderaan komuniti setempat.

“Program ini bertujuan mengurangkan kos sara hidup selain memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penyelenggaraan berkala bagi memastikan keselamatan jalan raya,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Siti menjelaskan inisiatif tersebut turut memperkukuh jalinan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti melalui aktiviti padang yang memberi manfaat sosial nyata.

Kerja penyelenggaraan kenderaan tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar serta pelatih mahir daripada GIATMARA Lubok Antu dan GIATMARA Sri Aman.

-RJ-

Tinggalkan komen anda