
Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)/Urus Setia Penerangan Darul Aman
ALOR SETAR, 14 April (MalaysiaAktif) – KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menyempurnakan istiadat perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Darulaman yang ke?15 di perkarangan Wisma Darulaman, di sini semalam.

Suasana sekitar majlis istiadat perasmian yang diadakan di Wisma Darul Aman.
Istiadat perasmian bermula dengan kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu DiRaja.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pancaragam pengiring yang melibatkan Gabungan Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu DiRaja dan Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja.
Dalam titah baginda kepada Ahli?Ahli Dewan Undangan Negeri, Sultan Salehuddin menyeru agar semua Ahli Yang Berhormat berbahas secara matang, berasaskan fakta serta mengamalkan adab dan tatasusila.
Baginda turut menekankan kepentingan menggunakan ruang persidangan untuk mengangkat isu?isu yang benar?benar menyentuh kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Selain itu, Tuanku turut menggesa setiap Ahli Yang Berhormat menunjukkan jiwa besar dan keikhlasan dalam menjalankan amanah, serta meletakkan kepentingan negeri di atas kepentingan peribadi demi kemakmuran rakyat Kedah.
-RI





