Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kursus Transformasi Keterampilan Perkasa Penyampaian Perkhidmatan Awam

By 24 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim (Pahang)

PEKAN, 24 April (MalaysiaAktif) – Kursus Transformasi Keterampilan dan Personaliti sangat relevan buat semua kakitangan agensi kerajaan kerana mampu memberi nilai tambah kepada penjawat awam, khususnya dalam aspek komunikasi, pengurusan emosi dan interaksi bersama pelanggan, kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Abdul Zaki Mad Zain.

Penceramah jemputan dalam bidang perancang acara, Mohd Noor Azmin Marzukhi.

Beliau menegaskan kepentingan kursus seumpama ini dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

“Program ini turut mendapat sokongan daripada Unit Psikologi Setiausaha Kerajaan Pahang yang banyak membantu dalam memberi panduan serta pendekatan yang lebih berkesan, khususnya dalam menyantuni pelanggan dan mengendalikan situasi mencabar di tempat kerja,” katanya ketika menyempurnakan perasmian kursus anuran JAIP dengan kerjasama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini kelmarin.

Tambah beliau, setiap peserta diharap dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang diperoleh sepanjang kursus dan mengaplikasikannya apabila kembali bertugas, sekali gus memberi impak positif kepada organisasi.

Abdul Zaki turut menekankan nilai hormat-menghormati serta etika profesional sebagai asas penting dalam membina persekitaran kerja yang harmoni dan produktif.

Norazlinda (kiri), Nor Asmah (tengah) dan Nor Izzati ketika ditemui pada kursus tersebut

Sementara itu, peserta kursus, Norazlinda Hamzah, 33, dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Pahang, berkata program ini memberi pendedahan berguna dalam meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi secara berkesan.

Bagi Nor Asmah Wahab @ Mohamed, 34, kursus ini membantu beliau memahami teknik berhadapan dengan pelbagai situasi pelanggan dengan lebih profesional dan berhemah.

Seorang lagi peserta, Nor Izzati Abd Rahim, 34, turut berkongsi bahawa ilmu yang diperoleh akan dijadikan panduan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di jabatan masing-masing.

Program di Dewan Seminar, JAIP yang dihadiri lebih 100 orang perserta ini dilihat mampu melahirkan penjawat awam yang lebih kompeten, berdaya saing dan berintegriti selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam negeri.

-RI

Tinggalkan komen anda