
Laporan/foto: Salleh Immun/Ambrose Wenanddo (Mukah)
MUKAH, 28 April (MalaysiaAktif) — Marianie Abdullah dari Matu dinobatkan sebagai johan Pertandingan Karaoke Kaul My Star 2026 sempena Pesta Kaul Mukah, di sini malam tadi.
Kemenangan menerusi lagu Biar Mimpi Sampai Bintang itu membolehkan wanita berusia 27 tahun itu membawa pulang piala serta wang tunai RM1,000 selepas menewaskan 13 peserta lain.
Penganjur program, Harris Abdullah berkata pertandingan tersebut menjadi platform penting bagi mengetengahkan bakat nyanyian dalam kalangan belia di kawasan Mukah dan sekitarnya.
“Kehadiran penonton yang ramai memberikan impak positif kepada penganjuran pertandingan yang julung kali diadakan sempena pesta ini.
“Dan program sebegini mampu menjadi batu loncatan kepada bakat tempatan yang ingin pergi lebih jauh dalam bidang seni suara,” katanya ketika ditemui malam tadi.
Naib johan dimenangi oleh Muhammad Khairulnisa Ya’akub, 24, dari Sri Aman yang membawa pulang piala serta wang tunai RM700 menerusi lagu Hijab Rindu.
Tempat ketiga pula disandang oleh Sulaiman Ibrahim, 38, dari Sibu yang mempertaruhkan lagu I Surrender bagi memenangi hadiah wang tunai RM500 dan piala.
-RJ-





