Skip to main content
Berita TempatanSarawak

RM350,000 Peruntukan RTP Bina Prasekolah SK St Lawrence Sabu

By 2 Mei 2026Mei 4th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 2 Mei (MalaysiaAktif) — Sekolah Kebangsaan (SK) St Lawrence Sabu bakal menerima kemudahan prasekolah baharu menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM350,000 bagi tahun 2027.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis berkata, pembinaan tersebut merupakan langkah strategik dalam memperkukuh asas pendidikan awal kanak-kanak di kawasan luar bandar.

Beliau menjelaskan bahawa kemudahan itu akan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif serta mampu menampung keperluan semasa sekolah berkenaan.

“Pelaburan dalam pendidikan awal amat penting kerana ia menjadi asas kepada perkembangan intelektual dan sahsiah murid sebelum melangkah ke peringkat seterusnya,” katanya pada Majlis Merarau PIBG sekolah tersebut, di sini hari ini.

Guru Besar SK St Lawrence Sabu, Alfred Kendim menyambut baik inisiatif tersebut yang disifatkan sebagai keperluan mendesak bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

“Pembinaan prasekolah ini akan memberi ruang yang lebih selesa kepada murid sekali gus membantu guru melaksanakan sesi pembelajaran dengan lebih efektif,” katanya.

Menurut Alfred, kemudahan tersebut dijangka memberi impak besar dalam membina asas literasi, numerasi serta kemahiran sosial kanak-kanak sejak usia muda.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar di seluruh Sarawak.

-RJ-

Tinggalkan komen anda