Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Inovasi IoT PSAS Tingkat Kecekapan Pertanian

By 5 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Imanina (Perak)/Politeknik Sultan Azlan Shah

BEHRANG, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) menerajui langkah pemodenan sektor agrikultur negara menerusi Majlis Penyerahan Projek Public-Private Research Network (PPRN) 2026 bertajuk IoT Solar Water Feeder with Guided Robot System for Agriculture Application di Agro Eco Venture Sdn Bhd, di sini semalam.

Menurut kenyataan PSAS, projek ini hasil kerjasama strategik antara PSAS dan Agro Eco Venture Sdn Bhd dan dijangka menjadi pemangkin utama kepada penerapan teknologi pintar berasaskan Internet of Things (IoT).

“Antara keunikan utama inovasi ini termasuklah penggunaan sistem rel berkembar tergantung (dual rail system) yang dikawal sepenuhnya oleh Kawalan Pintar IoT melalui aplikasi mudah alih menggunakan platform Blynk.

“Projek ini beroperasi dengan faktor kelestarian tenaga yang menggunakan bateri boleh cas semula dan kuasa solar yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia serta menjimatkan kos operasi seperti penggunaan petrol,” katanya.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Pengarah PSAS, Razali Johari menandakan bermulanya era baharu dalam pengurusan ladang secara pintar.

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan keupayaan institusi pendidikan dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi malah mengukuhkan hubungan kerjasama dengan industri dalam memacu transformasi ekonomi negara.

-AA-

Tinggalkan komen anda