Skip to main content
Berita TempatanSarawak

64 Peserta Mulakan KAD-MIS Sri Aman Sesi 2026

By 10 Mei 2026Mei 11th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 10 Mei (MalaysiaAktif) – Program Kelas Agama Dewasa Majlis Islam Sarawak (KAD-MIS) sesi 2026 bagi Bahagian Sri Aman memulakan sesi pengajiannya semalam di Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman melibatkan seramai 64 peserta.

Pegawai Tadbir Agama Islam Bahagian Sri Aman, Kamarulzaman Kawi berkata program KAD-MIS merupakan platform pendidikan agama berterusan yang penting dalam memperkukuh kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat dewasa.

Kamarulzaman menjelaskan silibus KAD-MIS bagi sesi tahun ini disusun secara menyeluruh meliputi empat komponen utama iaitu Akidah, Fekah, Hadis dan Pengajian Al-Quran.

Menurut beliau, program tersebut diselaraskan oleh Siti Asmah Tahir Resah bagi memastikan peserta memperoleh kefahaman agama yang seimbang serta dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

“Pengukuhan akidah menjadi asas penting dalam membina keyakinan dan pegangan umat Islam, manakala pengajian fekah membantu masyarakat memahami hukum-hakam ibadah dan muamalat,” katanya.

Kamarulzaman menambah pengajian hadis memberi panduan melalui sunnah Rasulullah SAW, sementara pengajian al-Quran memperkukuh pengetahuan dan penghayatan terhadap isi kandungan kitab suci itu.

Program KAD-MIS merupakan inisiatif Majlis Islam Sarawak melalui Jabatan Agama Islam Sarawak dalam memperkukuh kefahaman agama Islam melalui pengajian tersusun.

-RJ-

Tinggalkan komen anda