Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kerbau Putih Unik Jadi Tumpuan Pengunjung Kaamatan

By 11 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Suhaila Batun (Tuaran)

TUARAN, 11 Mei (MalaysiaAktif) – Kehadiran kerbau putih di Pesta Kaamatan Daerah Tuaran 2026 menjadi antara tarikan utama sepanjang sambutan berlangsung.

Pegawai Penyelidik, Madsah Laudin berkata pameran kerbau putih yang dibawa dari Ladang Ternakan Kerbau Jabatan Veterinar di Telupid merupakan acara tahunan yang dinantikan pengunjung.

Menurut Madsah, walaupun dikenali sebagai kerbau putih atau albino, haiwan berkenaan tidak mempunyai perbezaan ketara dengan kerbau biasa kecuali warna kulitnya.

“Dari segi penjagaan dan pemakanan, semuanya sama namun tidak semua anak yang dilahirkan berwarna putih,” katanya ketika ditemui di Padang Pekan Tuaran, di sini kelmarin.

Madsah berkata ketika ini hanya terdapat lima ekor kerbau putih itu yang diimport dari Australia dan telah berada di Sabah sejak awal tahun 2000.

-RJ-

Tinggalkan komen anda