Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Jualan Rahmah MADANI Bergerak Dapat Sambutan Hangat Penduduk Kampung Gelam Song

By 18 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamzah Bohari/Muhammad Danial Zakwan (Song)

SONG, 18 Mei (MalaysiaAktif) — Program Jualan Rahmah MADANI Bergerak (PJRMB) yang berlangsung di perkarangan Masjid Nurul Islam hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Kampung Gelam dan kawasan sekitarnya yang hadir seawal jam 10 pagi sehingga 3 petang.

Penganjuran program itu dilihat mampu membantu meringankan kos sara hidup penduduk khususnya golongan berpendapatan rendah serta warga emas di kawasan sekitar.

Menurut seorang penduduk, Abg Ahmad Abg Abd Wahab, 62, penganjuran program berkenaan disifatkan sebagai inisiatif tepat bagi meringankan beban penduduk kampung, khususnya ketika berdepan kos sara hidup yang tinggi.

“Program ini memang bagus untuk rakyat kampung kerana harga barang lebih murah daripada biasa. Saya harap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif.

Selain memberi peluang kepada penduduk mendapatkan barangan asas pada harga murah, program tersebut turut menjadi platform merapatkan hubungan antara masyarakat setempat melalui penglibatan pelbagai agensi dan komuniti.

Penduduk yang hadir turut berharap Program Jualan Rahmah MADANI Bergerak akan diteruskan secara berkala khususnya di kawasan luar bandar bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaat yang disediakan kerajaan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda