
Laporan /foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)
SRI AMAN, 20 Mei (MalaysiaAktif) – Pegawai Penjara (PP) Zulhafiza Muhammad dilantik secara rasmi sebagai Pengarah baharu Penjara Pusat Sri Aman berkuat kuasa 31 Mei 2026 bagi menggantikan Penguasa Kanan Penjara (PKP) Mohd Nizar Abdullah yang menamatkan perkhidmatan wajib selepas berkhidmat dalam Jabatan Penjara Malaysia.
Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di dewan utama Penjara Pusat Sri Aman semalam disaksikan oleh Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Teyun Thian Eim selaku Pengarah Penjara Negeri Sarawak bersama barisan pegawai kanan serta warga kerja institusi berkenaan.
Mohd Nizar berharap kecemerlangan organisasi itu dapat diteruskan di bawah kepimpinan baharu serta menegaskan tugas warga penjara bukan sekadar tanggungjawab rasmi, tetapi amanah kepada negara dan masyarakat.
Sementara itu, Zulhafiza dalam ucapan sulungnya menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan untuk memimpin Penjara Pusat Sri Aman.
“Saya menerima amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan kerendahan hati. Kepimpinan yang ditinggalkan oleh PKP Mohd Nizar merupakan asas yang kukuh untuk saya teruskan.
Beliau turut menegaskan komitmen untuk memperkukuh budaya kerja profesional selain meningkatkan kecemerlangan institusi sejajar dengan aspirasi Jabatan Penjara Malaysia.
-RJ-





