Skip to main content
Berita TempatanSarawak

20 Ketua Isi Rumah Miskin Lubok Antu Terima Bantuan Sejahtera MADANI

By 20 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

ENGKILILI, 20 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 20 Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih di Daerah Lubok Antu menerima bantuan menerusi Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI) bagi Skop Kebajikan Tahun 2026.

Bantuan berbentuk baucar tunai bernilai RM500 bagi setiap penerima itu melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM10,000 bagi membantu meringankan beban kos sara hidup golongan sasar, khususnya menjelang sambutan Hari Gawai.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi berkata usaha membantu golongan miskin dan membasmi kemiskinan tegar akan terus diberi perhatian selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Kita mahu memastikan setiap pelan pembangunan dan kebajikan di bawah gagasan Malaysia MADANI benar-benar sampai ke akar umbi tanpa ada golongan yang terpinggir,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Engkilili, di sini hari ini.

Seorang penerima Empaling Tumbai, 49, berkata bantuan itu amat bermakna dalam membantu menampung keperluan dapur serta persiapan Hari Gawai.

Seorang lagi penerima, Seria Sudong, 60, menyifatkan bantuan itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan warga emas dan golongan miskin tegar.

“Sumbangan ini sangat bermakna untuk mengurangkan beban belanja bulanan kami. Program seperti ini amat baik kerana menyasarkan terus individu yang benar-benar memerlukan,” katanya.

-FN

Tinggalkan komen anda