Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Jualan Rahmah Bantu Penduduk Uma Bakong Kurangkan Kos Sara Hidup

By 22 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Evelyn Lungan/Clarence Chin (Sarawak)

BELAGA, 22 Mei (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah yang diadakan di Uma Bakong, Ulu Sungai Asap mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat kerana menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih rendah berbanding pasaran biasa.

Inisiatif tersebut dilihat memberi manfaat besar kepada masyarakat luar bandar yang berdepan cabaran mendapatkan bekalan keperluan harian akibat faktor jarak dan kos perjalanan yang tinggi ke bandar atau pekan berhampiran.

Seorang penduduk, Winnie Iban, 43, berkata pelaksanaan program itu banyak membantu penduduk setempat dalam mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih berpatutan.

Menurut beliau, Jualan Rahmah memudahkan masyarakat membeli keperluan harian tanpa perlu menanggung kos perjalanan yang tinggi untuk ke bandar.

“Program seperti ini sangat membantu kerana harga barang jauh lebih murah dan dapat mengurangkan beban kos sara hidup penduduk,” katanya kepada Malaysia Aktif, semalam.

Beliau turut berharap program Jualan Rahmah dapat diteruskan secara berkala, khususnya ketika penyaluran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada rakyat.

“Apabila bantuan disalurkan dan program seperti ini diadakan serentak, penduduk dapat menggunakan bantuan yang diterima dengan lebih baik untuk membeli barang keperluan keluarga,” ujarnya.

Pelaksanaan program tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup, di samping memastikan masyarakat luar bandar turut menikmati akses kepada barangan asas pada harga mampu milik.

-RJ-

Tinggalkan komen anda