Skip to main content
Berita TempatanSarawak

13 OBB Penjara Sri Aman Dibebaskan Sempena Musim Perayaan

By 22 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 22 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 13 Orang Bebas Berlesen (OBB) dari Penjara Pusat Sri Aman dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) MADANI Yakin (Kepulangan Yang Dinanti) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026.

Daripada jumlah tersebut, seramai lapan OBB diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing, manakala lima lagi diserahkan kepada majikan bukan di bawah inisiatif Corporate Smart Partnership (CSI) bagi tujuan penempatan pekerjaan.

Timbalan Pengarah Penjara Pusat Sri Aman, TPP Awang Azizzan Hasbi berkata program berkenaan memberi peluang kedua kepada penghuni untuk memulakan kehidupan baharu dan kembali berfungsi sebagai anggota masyarakat yang produktif.

“Pelepasan bersempena musim perayaan yang diraikan serentak ini diharapkan dapat menyuntik semangat dan motivasi tinggi kepada semua OBB untuk berubah menjadi modal insan yang berguna kepada keluarga, bangsa, dan negara,” katanya ketika menyampaikan taklimat kepada OBB dan waris yang hadir.

Pelaksanaan PBSL MADANI Yakin bukan sahaja menitikberatkan aspek pemulihan komuniti, malah mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memberi ruang pembetulan dan peluang kedua kepada individu yang komited untuk berubah.

-FN

Tinggalkan komen anda