Skip to main content
Berita TempatanSarawak

SmartGreen Cleanup Challenge 1.0 Kumpul Lebih 777 Kilogram Sampah

By 25 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Roszilawati Nor Aziz (Sarawak)/KKKG

KUCHING, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Sebanyak 777.05 kilogram (kg) sampah berjaya dikumpulkan warga Kolej Komuniti Kuching (KKKG) menerusi program SmartGreen Cleanup Challenge 1.0 di sekitar kawasan kolej dan Jalan Sultan Tengah, di sini hari ini.

Pengarah Kolej Komuniti Kuching, Sumbang Mandaw berkata jumlah pungutan itu membuktikan komitmen warganya terhadap kelestarian alam sekitar.

“Saya amat berbangga melihat seluruh warga KKKG berganding bahu memastikan kawasan persekitaran kolej kekal bersih dan terpelihara.

“Usaha seperti ini wajar diteruskan secara konsisten supaya kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dapat dipupuk secara berterusan,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Program tersebut dianjurkan bagi menyokong aspirasi SmartGreen politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) ke arah mewujudkan kampus hijau dan lestari, selain meningkatkan kesedaran warga kolej mengenai kepentingan menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar.

Program itu turut menerapkan elemen pendigitalan apabila peserta menggunakan aplikasi Clean Swell bagi merekodkan jenis dan kuantiti sampah yang dikumpul.

-FN

Tinggalkan komen anda