Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Food Fest @ Bentong Street Art Meriah, Sokongan Peniaga Tempatan

By 9 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aifaa Syafiq (Bentong)

BENTONG, 29 Jun (MalaysiaAktif) – Suasana di sekitar Bentong Street Art bertukar meriah dengan kehadiran orang ramai yang membanjiri kawasan pusat bandar ini sempena program Food Fest @ Bentong Street Art yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Program santai yang diadakan di Pusat Perniagaan Bentong Prima dengan sokongan peniaga tempatan itu bukan sahaja menyajikan pelbagai jualan makanan, malah turut diserikan dengan aktiviti sihat seperti Night Fun Walk @ Bentong Street Art serta persembahan hiburan menarik.

Antara peniaga yang menyertai Food Fest @ Bentong Street Art.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Rose Samsul Abdul Razak berkata penganjuran festival seumpama ini merupakan langkah proaktif dalam merancakkan ekonomi mikro serta menyokong komuniti peniaga kecil di daerah ini.

“Kita mahu menjadikan Bentong Street Art sebagai hub aktiviti komuniti yang berterusan.

“Kehadiran pengunjung yang sangat menggalakkan pada malam ini menunjukkan sokongan komuniti setempat khususnya yang ingin meluangkan masa bersama-sama keluarga sambil menyokong produk tempatan,” katanya ketika ditemui sewaktu meninjau lokasi program.

Penganjuran festival makanan ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai acara tahunan yang mampu menarik lebih ramai pelancong luar sekali gus memacu pertumbuhan sektor pelancongan domestik di daerah Bentong.

-RI

Tinggalkan komen anda