Skip to main content
Rencana & Pendapat

Sentuhan Tangan Mohd Fauzi Hasilkan Nilai Estetik Tinggi

By 6 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)

BEDONG, 29 Jun (MalaysiaAktif) – Minat mendalam terhadap seni hiasan dan amalan kitar semula mendorong Mohd Fauzi Bakar membuktikan bahawa bahan buangan mampu diberi nafas baharu dan mempunyai nilai estetik yang tinggi.

Mohd Fauzi, 39, berjaya menghiasi kediamannya dengan pelbagai hiasan yang diperbuat daripada bahan-bahan terbuang seperti penutup balang, botol plastik, balang kuih, kayu palet, botol minuman dan perabot terpakai menjadi hiasan unik yang menceriakan persekitaran rumahnya.

Menurut beliau, minat tersebut bermula sebagai hobi pada waktu lapang sebelum berkembang menjadi projek menghias rumah yang mendapat perhatian jiran dan pengunjung.

“Saya percaya setiap barang yang dianggap tidak berguna masih mempunyai potensi untuk dijadikan sesuatu yang cantik dan bermanfaat.

Salah seorang pengunjung sedang meneliti hasil kreativiti Mohd Fauzi.

“Selain menjimatkan kos, aktiviti ini juga membantu mengurangkan pembaziran dan memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.

Beliau tidak menetapkan masa tertentu untuk mengumpul bahan-bahan terpakai tetapi semuanya bergantung kepada kelapangan masa untuk mengolah bahan terbuang ini mengikut kreativiti tersendiri.

Hasil sentuhan tangannya, kediaman yang sederhana bertukar menjadi ruang yang menarik dan penuh identiti.

Usaha Mohd Fauzi wajar dijadikan inspirasi kepada masyarakat untuk mengamalkan budaya kitar semula dan memanfaatkan bahan-bahan terbuang secara kreatif.

Inisiatif seperti ini bukan sahaja mampu menjimatkan perbelanjaan, malah menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui pengurangan sisa pepejal dan penggunaan semula barangan terpakai.

-RI

Tinggalkan komen anda