Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sinergi Pelancongan Budaya, Pacu Ekonomi Akar Umbi

By 6 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Imanina/Saarani Mohamad (Perak)

IPOH, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Penganjuran Festival Budaya Malaysia (FBM) @ Perak 2026 di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah membuktikan keupayaan sinergi pelancongan budaya dalam memelihara jati diri bangsa dan memacu ekonomi akar umbi rakyat tempatan.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata Perak merekodkan lebih 10.4 juta pelancong domestik bermalam pada tahun lepas.

“Kejayaan sektor pelancongan di negeri Perak tidak hanya bersandarkan pada angka semata-mata sebaliknya ia turut memberikan impak limpahan rezeki kepada rantaian komuniti.

“Budaya ialah identiti yang memberi makna kepada kemajuan itu sendiri. Ia bukan penghalang kepada kemajuan,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan yang bertemakan ‘WOW! Malaysia’.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man berkata festival ini membuka rantaian peluang ekonomi yang luas kepada penggiat seni dan peniaga kecil.

“FBM @ Perak ini bukan sahaja menjanjikan pelbagai manfaat sosial, bahkan ia berupaya membuka rantaian peluang ekonomi yang luas,” katanya.

Festival dengan kerjasama beberapa pihak seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Tourism Perak ini menjadi strategi serampang dua mata bagi merancakkan ekonomi kreatif sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

-RI

Tinggalkan komen anda