Skip to main content
HomeViral

Harga minyak kekal tidak berubah bagi Mei

By 30 April 2015Tiada komen1 minit bacaan

KUALA LUMPUR 30 April – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Bernama hari ini.

Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei.

– BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda