Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

MRTM Krismas 2017 Disambut Meriah

By 28 Disember 2017Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 28 DIS (Malaysiaaktif)- Semangat 1Malaysia terus subur apabila lebih 10,000 pengunjung terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan pelancong luar negara memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2017 Peringkat Kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keunikan inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmonis.

Zahid Hamidi ketika merasmikan MRTM Krismas 2017 Peringkat Kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, di sini.

Zahid Hamidi ketika merasmikan MRTM Krismas 2017 Peringkat Kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, di sini.

“Inilah indahnya dan uniknya Malaysia, kita harus bersyukur kepada Tuhan Maha Esa, kepada Allah SWT atas anugerah yang diberi dan bersama kita pertahankan keamanan, keharmonian, rasa kecintaan dan kekitaan sesama rakyat di negara kita,” katanya.

Zahid menjelaskan, semangat perpaduan rakyat Malaysia dalam mempertahankan hak beragama ditunjukan dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis pada 22 Disember lalu, ia dibuktikan dengan penyertaan pemimpin pelbagai agama dan kaum bagi menunjukkan rakyat Malaysia bersatu hati dalam mempertahan kota suci umat Islam itu.

“Walaupun terdapat perbezaan pendapat, bangsa dan agama kita dituntut hormat menghormati sesama agama dan menjadi tanggungjawab semua pihak dalam menjaga keharmonian di negara kita,” ujarnya lagi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, impak positif dalam penganjuran (RMTM) Krismas ini sudah pasti dapat meningkatkan industri pelancongan di Melaka, selaras dengan semangat keharmoniaan tanpa mengira kaum dan agama semua masyarakat akan terus mengukuhkan usaha kerajaan dalam mengekalkan perpaduan di Malaysia.

Pelbagai kaum hadir membuktikan semangat 1Malaysia terus menyubur dalam kalangan masyarakat hari ini.

Pelbagai kaum hadir membuktikan semangat 1Malaysia terus menyubur dalam kalangan masyarakat hari ini.

“Kestabilan politik dan perpaduan rakyat akan menyumbang dan mencetuskan iltizam untuk kita mencipta lebih banyak kejayaan bagi menjadikan masa depan yang lebih cemerlang untuk generasi hari ini dan masa hadapan,” kata Joseph.

Manakala Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mahadevan Sanacy, berkata tahun 2016 Negeri Melaka telah menerima 16.28 juta pelancong dan pada tahun 2017 sasaran adalah sebanyak 16.75 juta pelancong.

“Pelbagai kejayaan telah dicapai antaranya Melaka telah disenarai antara 10 destinasi dunia yang harus dilawati dan tempat ke-2 destinasi paling popular di Malaysia. Kerajaan Negeri Melaka sentiasa komited dalam menambahbaik pusat-pusat pelancongan dan diperbaharui dari semasa ke semasa.

Turun hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Naim Abu Bakar dan barisan Exco dan timbalan exco kerajaan negeri Melaka.

 

– SH

 

Tinggalkan komen anda