Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Siri Jelajah IMAN 2.0

By 14 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan Dan Foto Oleh : Noor Azian Bt Saad / Lukman Abu Bakar.

 

ALOR SETAR, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Turun Padang Jelajah Iman 2.0 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Kampung Darat, Jalan Putra.

Wakil Pengarah Program Iman 2.0, Norfazilah, menyatakan harapan program ini ialah untuk mencungkil bakat mahasiswa muda negeri Kedah untuk mewarisi kepimpinan negeri.

Program selama dua hari ini akan diisi dengan program sukarelawan rakyat serta malam kebudayaan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Bin Md Hanipah, Menteri Besar Kedah.

Beliau amat berharap agar program yang diilhamkan sendiri olehnya bersama Datuk Saiful Hazizi pada tahun 2017 dengan 25 orang pelajar lepasan universiti yang meningkat kepada 50 pada tahun ini akan terus berjaya.

Ahmad Bashah turut menyerahkan 50 orang anak angkat berserta bantuan BARAKAH kepada 25 buah keluarga dari sekitar kampung berdekatan iaitu Kampung Darat, Hutan Betut, dan Kampung Batin.

Aktiviti bersama keluarga angkat

Aktiviti bersama keluarga angkat

Program Intership Mahasiswa Anak Kedah (IMAN) 2.0 yang berlangsung selama 6 bulan ini bertujuan melatih graduan-graduan muda dari negeri Kedah untuk menjadi pewaris kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Antara modul program ini ialah menjadi anak angkat dibeberapa buah kampung terpilih.

Peserta Iman 2.0 telah ditempatkan di Pejabat Menteri Besar, Pejabat Exco Kerajaan Negeri, dan ‘Government-linked Companies’ (GLC) negeri Kedah sebagai “Intern Execitive” bagi membolehkan mereka menimba pengalaman sebagai pekerja kontrak yang boleh diterapkan sebagai pekerja tetap jika berkelayakan dan menepati syarat yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Batin, Badrul Amini Bin Osman, dalam ucapannya berharap Program Anak Angkat Iman 2.0 seramai 50 ini akan dapat menjayakan misi yang telah ditetapkan.

Badrul Amini juga berharap agar Ahmad Bashah dapat menyelesaikan masalah tanah perkuburan Kampung Darat.

Program yang bermula sejak 1 Oktober 2017 lalu dijangka tamat April ini. Setiap perserta diberi elaun RM1500 sebulan.

– MRR

Tinggalkan komen anda