Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Perasmian dan Taklimat Penjanaan Pendapatan (EEP)

By 6 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / foto oleh Hasmah Hanafi

 

BANDAR BAHARU, 5 Feb (Malaysiaaktif) -Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan  Bandar Baharu Datuk Norsabrina Md Noor,  hadir untuk merasmikan program penjanaan pendapatan (EEP) bertempat di PDK Taman Cahaya Kristal Bandar Baharu pagi tadi.

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan serta khidmat nasihat kepada waris anak-anak inisiatif Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan orang ramai berkaitan cara-cara menanam sayur-sayuran secara hidroponik di kawasan rumah untuk kegunaan sendiri mahupun untuk menambahkan pendapatan.

WhatsApp Image 2018-02-06 at 08.54.07

Taklimat disampaikan oleh pihak sebuah konsultan dari Kaz Ponic Sdn Bhd dari Melaka. Selain penerangan, orang ramai juga boleh membeli produk dan benih serta mendapatkan tunjuk ajar tentang cara penanaman.

Pemilihan PDK Taman Cahaya Kristal sebagai tempat perasmian kerana terdapat sebuah rumah kaca yang diusahakan oleh pihak PDK untuk tanaman tersebut.

Dalam ucapanya Norsabrina berharap orang ramai dapat menyahut cabaran dan mengambil peluang serta belajar membuat tanaman hidroponik sendiri di rumah supaya dapat ringankan kos membeli sayur-sayuran.

Tinggalkan komen anda