Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Kompleks Sukan Untuk Belia Pasir Puteh Bakal Dibina

By 9 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan : Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)        Foto : Fariz Faizal (KKMM)

PASIR PUTEH, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, hari ini mengumumkan pembinaan sebuah kompleks sukan untuk kemudahan belia di Pasir Puteh sempena program Fiesta Sehati @RTM #AKOK25 di sini hari ini.

Menurut Khairy, kompleks sukan yang akan dibina di Pasir Puteh ini merupakan satu daripada 14 kompleks sukan yang telah diluluskan untuk dibina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebahagian daripada pengunjung yang mendengar sesi townhall sempena Fiesta Sehati @RTM #AKOK25 di Kompleks Uthmaniyah, di sini.

Sebahagian daripada pengunjung yang mendengar sesi townhall sempena Fiesta Sehati @RTM #AKOK25 di Kompleks Uthmaniyah, di sini.

“Pasir Puteh akan menerima sebuah kompleks sukan yang akan menjadi pusat aktiviti untuk belia serta mengekang aktiviti tidak bermoral yang akan merosakkan belia negara,” katanya.

Dalam pada itu juga, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengatakan kerajaan komited dalam usaha melahirkan generasi pelapis bangsa ulul albab.

Kerajaan mempunyai sasaran untuk melahirkan 125,000 hufaz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

“Pembangunan negara secara syumul adalah harapan kerajaan, tidak hanya melalui satu aspek sahaja bahkan menyeluruh. Melahirkan pelapis bangsa yang bergelar hufaz adalah suatu harapan Perdana Menteri, sehingga kini lebih 7,000 graduan hufaz daripada Darul Quran telah dilahirkan,” jelasnya.

lebih 2,000 hadirin menghadiri sesi Townhall yang menjadi pengisian Fiesta Sehati @RTM #AKOK25 yang diadakan di Kompleks Uthmaniyah, di sini.

Turut hadir memeriahkan program adalah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad , Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Semerak, Datuk Haji Zawawi Haji Othman, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Azahar Ismail, dan Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan, Noriani Mohd Idris.

 

– SH

 

Tinggalkan komen anda