Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Pertandingan Fesyen Bollywood Satukan Pelbagai Kaum

By 16 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. S.

BUKIT MERTAJAM, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Program  My Little Prince and Princess Beauty Pageant (Bollywood Themed) anjuran  Pertubuhan Pembangunan Wanita Tamarai Pulau Pinang berlangsung di The Summit, Bukit Mertajam,  petang tadi.  

Program yang bertujuan mencungkil bakat-bakat peragaan dalam kalangan kanak-kanak berjaya menarik 30 penyertaan bukan sahaja dari Pulau Pinang, tetapi Kedah dan juga Perak. 

D705A123-7167-4CFB-A4BB-24273DBD3782

Menurut Puan  KS Pakyalakshmi A/P Subramanian; Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Wanita Tamarai Pulau Pinang, mereka hanya menggunakan medium whatsapp dan sosial media untuk menghebahkan program ini kepada orang awam dan tidak menyangka ia berjaya menembusi negeri-negeri yang berhampiran Pulau Pinang. Tambah beliau lagi, tujuan utama program ini adalah untuk melatih kanak-kanak menjadi lebih yakin untuk ke hadapan dan beraksi di hadapan audiens. Tema Bollywood dipilih adalah ia menjadi pilihan pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat. Selain itu, sudah tentu tema tersebut kelihatan menarik, penuh warna warni.

B5266BF3-84B4-4E45-BA96-E4B12B6EE2D7


Majlis Perasmian  telah disempurnakan oleh Encik Murugaih A/L Muthiah, Penasihat Pertubuhan Pembangunan Wanita Tamarai Pulau Pinang. Beliau turut menyatakan rasa terharu dan bangga dengan penyertaan peserta program hari ini. Mereka semua kelihatan seperti primadona Bollywood yang sangat cantik dan bergaya, tidak kurang juga peserta lelaki lengkap bergaya dengan pakaian mengikut tema. 

Pertandingan ini telah disertai oleh kanak-kanak berusia dalam lingkungan 5 hingga 12 tahun, berbangsa Melayu, Cina dan India. Mereka ditatarias oleh ibubapa dan keluarga masing-masing dalam tempoh dua jam sebelum pertandingan. Ia bertujuan untuk memupuk sokongan dan hubungan erat keluarga dengan kanak-kanak tersebut.

Semua peserta kelihatan cantik dan bergaya mengenakan busana yang bertemakan Bollywood, persis aktor dan aktress Hindustan yang diminati ramai.

-ER

 

Tinggalkan komen anda