Skip to main content
Home

Ops Bersepadu: 302 Saman Trafik Dikeluarkan, Enam Tangkapan

By 17 Disember 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Seorang wanita warganegara Vietnam antara enam yang ditahan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam ‘Operasi Bersepadu Khas Genting’ yang diadakan di Plaza Tol Gombak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, wanita tersebut gagal menunjukkan pengenalan diri akan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Dua orang ditahan bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ), seorang mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) kerana memiliki dadah.

“Manakala seorang ditahan bawah Seksyen 45(1) APJ kerana memandu dibawah pengaruh alkohol dan seorang lagi bawah Seksyen 108 APJ serta Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil (AKK),” katanya.

Superintendan Azman (dua dari kanan) memeriksa lesen memandu pengguna jalan raya semasa operasi Bersepadu di Plaza Tol Gombak.

Superintendan Azman (dua dari kanan) memeriksa lesen memandu pengguna jalan raya semasa operasi Bersepadu di Plaza Tol Gombak.

Tambah Azman, operasi bersepadu selama dua hari itu melibatkan 16 orang pegawai dan 85 anggota PDRM bersama Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Operasi ini bertujuan mengesan kesalahan-kesalahan yang dilakukan kenderaan perdagangan dan penumpang seperti lori dan bas.

“Sebanyak 302 saman trafik telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terutama tiada lesen memandu, cukai jalan, cermin sisi dan nombor plat tidak mengikut spesifikasi serta lain-lain kesalahan,” jelas beliau.

Dalam operasi yang sama, Azman memaklumkan AADK telah melakukan 44 pemeriksaan dan menahan 12 orang kerana gagal ujian air kencing.

“JPJ pula mengeluarkan 94 saman iaitu 44 saman kerana tiada lesen memandu, 42 saman bawah Seksyen 61(1) APJ, dua saman bawah Seksyen 108 APJ dan enam untuk Seksyen 82(1) APJ.

Menurut beliau, operasi seumpama ini akan terus dijalankan secara berkala agar dapat memberi impak kepada pengguna jalan raya.

“Lebuhraya Karak sering digunakan penunggang motosikal dan kenderaan berat untuk melakukan kesalahan di laluan tersebut,” katanya ketika ditemui semasa operasi tersebut di Plaza Tol Gombak, di sini hari ini.

 

-NAZ

Tinggalkan komen anda