Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Kerajaan Umum Peralihan Analog Ke Digital Suku Kedua 2019 – Gobind Singh

By 5 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Pengumuman mengenai peralihan siaran analog ke digital dijangka dibuat pada suku kedua 2019, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Katanya, kerajaan telah berbincang dengan pihak berkepentingan di negara ini selain negara serantau yang telah melaksanakan siaran digital di negara masing-masing.

“Kerajaan Malaysia kini dalam proses migrasi analog ke digital. Saya harap bahawa bulan April atau pertengahan tahun kita boleh umumkan bahawa kita akan terus ke era digital.

“Peralihan ini akan menaik taraf kualiti perkhidmatan penyiaran yang diberikan kepada rakyat dan kita boleh wujudkan sistem OTT (Over-the-Top), iaitu pengguna boleh menonton program kesukaan mereka bila-bila masa dan bukan macam zaman dahulu yang memerlukan kita menunggu waktu siaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Penyiaran Digital Persatuan Penyiaran Asia Pasifik ke-15 (ABU) 2019 di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan perbincangan yang diadakan sebelum ini, keperluan untuk menaik taraf sistem analog ke digital akan dilakukan secara berperingkat namun berharap keputusan mutakhir dapat dicapai dalam masa terdekat.- BERNAMA

Tinggalkan komen anda