Skip to main content
Berita TempatanHomePahang

‘Jom Baca Bersama’ di Tepi Pantai Meriah

By 23 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Pai Syahira / Nassa Manaf / Syed Muda (Pahang)

KUANTAN,  23 April (Malaysiaaktif) – Hampir 300 pembaca menyemarakkan Jom Baca Bersama untuk 10 minit bagi peringkat Negeri Pahang yang berlangsung secara santai di tepi Pantai Teluk Chempedak Kuantan.

Atur cara dijalankan selama 10 minit serentak di seluruh negara bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 minit pagi merupakan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang dan Perpusatakaan Negara Malaysia.

Program kali keenam dijalankan di Pahang sejak tahun 2014 melibatkan semua perpustakaan daerah bertujuan meningkatkan tabiat membaca di kalangan masyarakat selain melahirkan generasi muda mencintai ilmu dan berakhlak mulia.

 Pejawat awam dan orang ramai kusyuk membaca semasa program Jom Baca Beraam di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan

Pejawat awam dan orang ramai kusyuk membaca semasa program Jom Baca Beraam di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan

Menurut  guru pengiring, Puan Nur Baity berkata, “Seramai 38 pelajar Pasti Cenderawasih sangat teruja menaiki bas dan membaca buku ketika dalam perjalanan ke sini untuk program jom membaca,”

Turut dilancarkan Pondok Buku yangditempatkan di lokasi strategik dan pusat tumpuan masyarakat untuk menghidupkan budaya membaca berkonsepkan perkongsian dan mewakaf buku kepada pembaca lain.

Salah seorang pengunjung sedang asyik membelek bahan bacaan kanak-kanak sempena Pesta Buku Pahang.

Salah seorang pengunjung sedang asyik membelek bahan bacaan kanak-kanak sempena Pesta Buku Pahang.

Selain itu, Pesta Buku Pahang 2019 juga diadakan bermula 23 hingga 28 April bersempena pelancaran kempen Jom Baca Bersama di Teluk Cempedak dengan mempromosikan tanda pagar #PahangMembaca kepada pengunjung.

Meraikan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, kempen membaca dalam tempoh singkat ini dilihat menarik minat semua golong membaca secara serentak di seluruh Malaysia.

ER

Tinggalkan komen anda