Skip to main content
HomeJohor

Kelab Malaysiaku Pupuk Amalan Demokrasi Berparlimen

By 23 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan / foto: Mazlin Basir/Fatin Najihah Najib (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Kelab Malaysiaku merupakan sebuah kelab kokurikulum yang ditubuhkan untuk menghubungkan antara sekolah dengan jabatan sebagai saluran komunikasi bagi membentuk pembangunan minda pelajar melalui penerapan nilai murni dan nilai cintakan negara.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat, Amah Yunos, melalui Program Amalan Demokrasi Berparlimen ini para pelajar dapat menghayati Sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan oleh negara ini.

Ucapan Perasmian oleh Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat, Amah Yunos

Ucapan Perasmian oleh Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat, Amah Yunos

“Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Oleh itu, semua murid perlu menghormati amalan demokrasi berparlimen ini untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dalam kepelbagaian bangsa dan agama.

Upacara Gimik Perasmian

Upacara Gimik Perasmian

“Di samping itu, dalam kita hidup aman dan makmur ini sikap hormat menghormati antara satu sama lain perlu dipertingkatkan agar perpaduan antara kaum yang telah kita bina sejak dahulu lagi akan kekal dan subur. Malah, prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan hidup rakyat Malaysia juga tidak boleh dipandang ringan kerana prinsip inilah menjadi tunjang keharmonian rakyat Malaysia,” katanya ketika merasmikan program tersebut di SMK Banang Jaya Batu Pahat semalam.

Pelajar-pelajar SMK Banang Jaya semasa perasmian program

Pelajar-pelajar SMK Banang Jaya semasa perasmian program

“Selain dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan murid, pihak sekolah juga tidak ketinggalan mendidik murid untuk menjadi usahawan yang berjaya. Buktinya pada hari ini pihak sekolah turut menganjurkan Hari Usahawan Gemilang (HUG) bagi mendedahkan murid tentang dunia perniagaan,” tambahnya lagi.

Jabatan Penerangan melalui Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat turut mengambil peluang menyertai pameran yang diadakan

Jabatan Penerangan melalui Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat turut mengambil peluang menyertai pameran yang diadakan

Program ini memuatkan pelbagai aktiviti seperti gerai jualan, pameran, permainan, pertandingan sama ada daripada pelajar-pelajar sekolah atau penglibatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Hal ini jelas menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi pihak sekolah bersama-sama Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dalam membawa sekolah ke arah transformasi sekolah 2025.

“Walaupun peranan murid hanya membantu dalam membuat jualan, sedikit sebanyak murid-murid akan belajar sesuatu tentang keusahawanan. Dari pengalaman itulah nanti akan menjadi titik tolak permulaan ke arah menjadi usahawan yang berjaya,” ujarnya lagi.

Hairul Anwar ketika ditemui di pameran KKTM

Hairul Anwar (kiri) ketika ditemui di pameran KKTM

Dalam pada itu, penglibatan agensi-agensi kerajaan membuka pameran memberi banyak peluang murid-murid mendapatkan maklumat tambahan selain daripada pembelajaran di dalam kelas. Antaranya pameran dari Jabatan Penerangan Batu Pahat, ADTEC Batu Pahat, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading, Permodalan Nasional Berhad (PNB) Batu Pahat dan lain-lain.

Amah Yunos (kanan), membuat lawatan ke gerai jualan

Amah Yunos (tengah), membuat lawatan ke gerai jualan

Hairul Anwar Muhammad Noh, 41, dari Kolej kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading ditemui berkata program yang dijalankan oleh pihak sekolah pada hari ini sangat baik kerana selain memupuk murid-murid cinta akan negara dalam masa yang sama dapat memupuk menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti. Setiap murid perlu mengambil peluang yang ada contohnya melalui pameran-pameran pada hari ini perlu dimanfaatkan untuk memperoleh info-info yang berkaitan sebagai pengetahuan dan pembelajaran bagi mereka.

Hadir sama Pengetua SMK Banang Jaya, Azman Shahadan dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Banang Jaya, Adam Wong Abdullah.

EM

Tinggalkan komen anda