Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan Timba Pengalaman Di KMJG 2019

By 5 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Nazirah Ripin, Mohd Zahid Othman/Khirul Nizam Zanil (Johor Bahru) 

JOHOR BAHRU, 5 Ogos ( Malaysiaaktif) —  Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 peringkat daerah Johor Bahru menampilkan kelainan apabila penganjuran kali ini mendapat kerjasama daripada para pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di sini hari ini.

Seramai 54 pelajar Diploma Pengurusan Acara Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PIS terlibat secara langsung dalam penganjuran KMJG 2019 peringkat daerah Johor Bahru.

Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang bersemangat mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat Daerah Johor Bahru hari ini.

Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang bersemangat mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat Daerah Johor Bahru hari ini.

Muhammad Fauzan Abdillah, 19, pelajar Politeknik Ibrahim Sultan berkata ia merupakan pengalaman yang sangat berharga apabila diberi peluang bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam menganjurkan program berskala besar itu.

“Saya dapat belajar mengenai pengurusan acara secara lebih praktikal malah banyak teori yang dipelajari di dalam kelas juga dapat diaplikasikan.”

“Selain itu, ia juga dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam diri dan meningkatkan pengetahuan sejarah kemerdekaan negara,” katanya lagi.

Daerah Johor Bahru merupakan pit stop ketiga KMJG 2019 di negeri Johor.

Daerah Johor Bahru merupakan pit stop ketiga KMJG 2019 di negeri Johor.

Terdahulu, seramai 133 peserta konvoi KMJG 2019 terdiri daripada 62 kenderaan bermotor tiba kira-kira pukul 3.00 petang di KOMTAR JBCC.

Daerah Johor Bahru merupakan pit stop ketiga bagi negeri Johor dan keenam bagi KMJG 2019 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 3 Ogos lalu di Dataran Pahlawan Megamall Melaka.

Turut hadir, Pegawai Daerah Johor Bahru Datuk Mohammed Ridha Abdul Kadir dan Ketua Konvoi KMJG 2019 Shahnon Mohamad.

-NI-

Tinggalkan komen anda