Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

KMJG19: Meriah dan Bermanfaat

By 18 Ogos 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Meriah dan bersemangat, itulah yang diungkapkan pengunjung yang hadir menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 di Mydin Mall, Kubang Kerian petang semalam.

KMJG2019 menjelajah ke Kelantan bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang bertemakan “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”.

Di samping itu, pengisian sambutan ini juga bagi memeriahkan serta membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Kelantan khususnya.

Sementara itu, Jabatan Penerangan Malaysia Kelantan (JaPen Kelantan) telah mengatur pelbagai aktivi bercirikan patriotik dan kenegaraan antaranya nyanyian terbuka Bintang Patriotik, peragaan pakaian beragam bertemakan Hari Kebangsaan, deklamasi puisi, persembahan artis jemputan serta agihan Jalur Gemilang kepada agensi serta orang ramai yang terlibat.

Pengisian interaktif dan berinformasi turut diadakan bagi kemudahan orang ramai, meliputi kaunter pemeriksaan kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Kubang Kerian, kaunter semakan cukai tanah dan pintu tertunggak MPKB-BRI, tawaran harga eksklusif Unifi Mobile khusus kepada kakitangan kerajaan oleh TELEKOM Malaysia Berhad, kaunter penjelasan kemudahan mySalam serta edaran bahan penerbitan JaPen Kelantan.

Menurut Tuan Helmi Tuan Adera, 32, beliau pada kali ini berpeluang untuk sama- sama menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2019, dengan mempersembahkan lagu kegemarannya yang berjudul Perwira.

Adik Siti Aisyah Zulkifli 6, sama-sama menyemarakkan sambutan KMJG dengan peragaan pakaian beragam

Adik Siti Aisyah Zulkifli 6, sama-sama menyemarakkan sambutan KMJG dengan peragaan pakaian beragam

“Sebagai rakyat Malaysia kita perlu memastikan semangat patriotisme serta perpaduan kaum perlu dipelihara agar ianya terus kekal dan terjamin sepanjang masa,” ujarnya lagi.

Nor Asyikin Hassan, 41, ibu kepada adik Siti Aisyah Zukifli, 6, yang menyertai pertunjukkan peragaan pakaian beragam pula menyifatkan aktiviti seumpama ini cukup bermakna kepada generasi pelapis dalam menghormati serta menghayati perjuangan orang terdahulu bagi meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta serta sayang kepada tanah air.

Seterusnya bagi Che Yazid Zakaria, 60, beliau kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta Konvoi KMJG yang sanggup meninggalkan keluarga demi menyemarakkan kempen Kibar Jalur Gemilang semata-mata rasa sayangkan, agama, bangsa dan negara.

Acara pelepasan sambutan Konvoi KMJG Peringkat Negeri 2019 di Mydin Mall Kubang Kerian, disempurnakan oleh (SAC) Abdullah Mohammad Piah, Timbalan Ketua Polis Kelantan

Acara pelepasan sambutan Konvoi KMJG Peringkat Negeri 2019 di Mydin Mall Kubang Kerian, disempurnakan oleh (SAC) Abdullah Mohammad Piah, Timbalan Ketua Polis Kelantan

Konvoi KMJG 2019 ke Kelantan melibatkan 133 peserta dengan 53 buah kenderaan terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Acara pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019, ke destinasi seterusnya disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdullah bin Mohammad Piah. Manakala konvoi KMJG 2019 ke Kelantan pada hari ini diketuai oleh Haji Suwandi Haji Gulling.
-NAZ

Tinggalkan komen anda