Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePutrajaya

KMJG19: Terima Kasih KUIPS

By 18 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Idham Ishak/ JaPen Perlis

 

KUALA PERLIS, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS) menjadi hentian terakhir buat konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di negeri Perlis yang memasuki hari kesembilan pada hari ini.

Ketibaan konvoi yang disambut dengan persembahan silat oleh pesilat dari Seni Silat Cekak Malaysia ini menjadi perhatian apabila ianya dilakukan di dalam keadaan cuaca panas terik dan mereka hanya berkaki ayam. Malah persembahan mereka dipersembahkan di atas tar jalan.

Persembahan silat oleh pesilat dari Seni Silat Cekak Malaysia

Persembahan silat oleh pesilat dari Seni Silat Cekak Malaysia

Perasmian majlis yang dihadiri 1000 pelajar ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad. Beliau di dalam awal ucapannya telah mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan di atas kesudian menjemput beliau dan juga ucapan selamat datang kepada peserta konvoi.

Beliau di dalam ucapan perasmiannya telah berkata “Ramai orang mengambil mudah dan tidak mengetahui makna dan sejarah di sebalik Jalur Gemilang yang kita ada pada hari ini. Warna kuning yang melambangkan institusi diraja, biru melambangkan perpaduan rakyat, merah sebagai lambang berani, dan warna putih dengan makna kesucian.”

Noor Amin bersama Dr Haniff dan tetamu kehormat lain

Noor Amin bersama Dr Haniff dan tetamu kehormat lain

“Hari ini anak muda dan ada juga orang dewasa yang mungkin tidak pernah dengar tentang Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan. Inilah surat beranak Negara kita di mana di dalam dokumen ini juga telah menceritakan asas-asas kepada pembentukan Negara yang merdeka.” Tambah beliau sambil mengajak para hadirin untuk mencari maklumat berkenaan Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan ini.

Noor Amin menandatangani buku cenderamata KMJG sambil diperhatikan Dr Haniff

Noor Amin menandatangani buku cenderamata KMJG sambil diperhatikan Ketua Konvoi, Dr Haniff

Konvoi yang pada awal hari ini membuat hentian di SMK Pulau Nyior, Changlon, Kedah sebelum ke Dewan Felcra Lubuk Sireh, Perlis akan meneruskan kembaranya pada hari esok menuju ke Pulau Pinang.

-II-

Tinggalkan komen anda