Skip to main content
HomeViral

Penangguhan Aktviti dI IPT Ekoran Keadaan Jerebu

By 5 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KENYATAAN MEDIA MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

Mengenai Penangguhan Aktviti Akademik & Bukan Akademik Dan Penutupan IPT Ekoran Keadaan Jerebu Di Seluruh Negara

 

  1. Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil maklum situasi jerebu yang sedang melanda negara yang boleh membawa kesan kepada kesihatan pelajar dan staf di institusi pendidikan tinggi (IPT). KPT juga sedang memantau keadaan menerusi pelbagai mekanisme, terutama parameter IPU, dari semasa ke semasa.
  1. Sehubungan dengan itu, semua universiti dan IPT awam atau swasta diminta untuk memantau tahap keseriusan jerebu di lokaliti masing-masing dan boleh membuat keputusan sendiri berkenaan dengan penangguhan aktiviti akademik dan bukan akademik, atau penutupan IPT berkenaan.
  1. IPT juga diminta menyediakan SOP / garis panduan dalaman (internal SOP and Guidelines) yang sewajarnya untuk rujukan pelajar dan staf masing-masing.
  1. Kesihatan dan keselamatan pelajar dan staf haruslah diberikan keutamaan.

 

DATO SERI IDRIS JUSOH
Menteri Pendidikan Tinggi
Putrajaya

5 Oktober 2015

 

Tinggalkan komen anda