Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pemuda Nadi Kekuatan Ummah

By 6 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Ariff Ishak/Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Agama Islam Tampin dengan kerjasama Pejabat Daerah Tampin, Masjid Tunku Besar Tampin dan Pejabat Penerangan Daerah Tampin telah menganjurkan Ceramah Forum Perdana Ehwal Islam yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang masyarakat sekitar di sini.

Forum yang membincangkan tajuk Pemuda Nadi Kekuatan Ummah itu telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhyidin Aziz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ustaz Shah Rizan Ibrahim dari Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) dan selebriti TV al-Hijrah, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki selaku panel jemputan.

Dalam forum tersebut Shah Rizan menyeru agar anak-anak muda dan belia untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara.

“Anak muda perlu menanam sifat bertanggungjawab dan menghormati orang tuan dengan itu akan lahirlah insan berbakti kepada negara kita yang tercinta ini,” ujarnya dalam forum yang diadakan di perkarangan Masjid Tunku Besar Tampin semalam.

Dalam pada itu, forum tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus al-Qadri.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Tampin, Hazwani Ahmad, Wakil Ahli Parlimen Tampin, Tuan Haji Latif Tambi dan Salwati Md. Zam, Pegawai Penerangan Daerah Tampin.

-AK

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda