
Laporan/ foto : Muhamad Zaini Dollah/ Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)
BUKIT TAMBUN, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Merak Jaya telah menganjurkan program Merdeka@ Komuniti di Perkarangan Dewan KRT Taman Merak Jaya.
Program Merdeka@Komuniti merupakan salah satu platform anjuran Jabatan Penerangan dalam usaha untuk menggelorakan semangat patriotisme dan cintakan negara sempena sambutan bulan kebangsaan.
Acara perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patoo. Menurutnya,”Program penerangan maklumat yang berskala kecil (mikro) sebegini amat menarik dan sangat bagus kerana maklumat terus sampai ke kelompok komuniti yang sepatut dan sewajarnya”.
Program yang diserikan dengan pertandingan tanglung oleh masyarakat Tiong Hua dapat menarik minat masyarakat setempat terutamanya kanak kanak dan juga ibu bapa.
Ceramah Kesedaran Denggi dari Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan dan taklimat manfaat-manfaat kerajaan seperti PEKA B40 yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Izzuddin Barahim merupakan motif utama penganjuran kali ini dalam usaha memberi maklumat dan kesedaran kepada orang ramai.
Majlis ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah pertandingan tanglung oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patoo.
-II-