Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Merdeka@Komuniti Rapatkan Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum

By 11 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto : Muhamad Zaini  Dollah/ Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

BUKIT TAMBUN, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Merak Jaya telah menganjurkan program Merdeka@ Komuniti di Perkarangan Dewan KRT Taman Merak Jaya.

Program Merdeka@Komuniti merupakan salah satu platform anjuran Jabatan Penerangan dalam usaha untuk menggelorakan semangat patriotisme dan cintakan negara sempena sambutan bulan kebangsaan.

Acara memotong kek Merdeka

Acara memotong kek Merdeka

Acara perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patoo. Menurutnya,”Program penerangan maklumat yang berskala kecil (mikro) sebegini amat menarik  dan sangat bagus kerana  maklumat terus sampai ke kelompok komuniti yang sepatut dan sewajarnya”.

Ucapan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patoo

Ucapan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patoo

Program yang diserikan dengan pertandingan tanglung oleh masyarakat Tiong Hua dapat menarik minat masyarakat setempat terutamanya kanak kanak dan juga ibu bapa.

Ceramah Kesedaran Denggi dari Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan dan taklimat manfaat-manfaat kerajaan seperti PEKA B40 yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Izzuddin Barahim merupakan motif utama penganjuran kali ini dalam usaha memberi maklumat dan kesedaran kepada orang ramai.

Taklimat PEKA B40 oleh Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Penerangan Pulau Pinang

Taklimat PEKA B40 oleh Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Penerangan Pulau Pinang

Majlis ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah pertandingan tanglung oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patoo.

-II-

Tinggalkan komen anda