
foto: ihsan Bernama
PUTRAJAYA, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Malaysia menekankan akan keperluan ditubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk memudahkan mekanisme bagi 11 norma yang dicadangkan oleh Kumpulan Pakar Kerajaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGGE) boleh dilaksanakan.
Ini dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo semasa sesi perbincangan pada Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Cybersecurity (AMCC) kali keempat yang bermesyuarat hari ini sebagai sebahagian daripada Minggu Siber Antarabangsa Singapura 2019.
Gobind mengutarakan akan keperluan jawatankuasa itu untuk melihat bidang-bidang khusus seperti membangunkan mekanisme di mana aduan boleh diterima mengenai serangan siber dan membina satu struktur dan proses yang mana aduan boleh disiasat.
Menurut beliau lagi, adalah penting untuk memastikan bahawa proses itu akan membawa kepada satu tindakan berdasarkan respond yang turut melihat bidang penguatkuasaan bagi memastikan proses yang berkenaan dipercepat dan berkesan.
Pada akhir AMCC, Menteri itu juga mengeluarkan kenyataan kepada Bernama berhubung kedudukan Malaysia dengan cadangan berkenaan. AMCC dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Penerangan Singapura, yang juga Menteri yang bertanggungjawab bagi Cybersecurity, S Iswaran.
AMCC dihadiri oleh Menteri dan Pegawai Kanan yang bertanggungjawab atas Cybersecurity; dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dari semua 10 negara anggota ASEAN; dan Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi Komuniti Keselamatan Politik, Hoang Anh Tuan.
AMCC menyatakan bahawa usaha negara anggota ASEAN dalam melaksanakan 11 kesukarelawan itu, adalah norma yang tidak terikat dalam Laporan UNGGE 2015.
Secara khususnya, AMCC membincangkan kemungkinan cara untuk melaksanakan norma dan kapasiti yang diperlukan dan bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa kerja itu untuk mewujudkan satu pelan tindakan serantau bagi jangka panjang untuk memastikan pelaksanaan norma itu dilaksanakan dengan berkesan dan praktikal.
Jawatankuasa kerja itu akan mempunyai satu tahun untuk mengkaji dan mengusulkan cadangan dalam bidang tertentu termasuk kerjasama, perlindungan infrastruktur maklumat yang kritikal, dan bantuan bersama CERT dalam cybersecurity, demikian menurut Agensi Keselamatan Siber Singapura.
Pada persidangan akhbar tertutup AMCC, Iswaran berkata: “Terdapat pertambahan pengiktirafan bahawa cybersecurity adalah satu cabaran bersama global, di mana faedah melakukannya dengan betul dan akibat tidak melakukannya dengan betul akan mempengaruhi kita semua.
“Kepentingan kita amat saling berkaitan dan adalah perlu dan bernilai agar kita bekerjasama sebagai satu pasukan – sama ada di peringkat kebangsaan, peringkat antarabangsa malah dalam ASEAN untuk memperkukuhkan cybersecurity.
“Dalam usaha ini, Singapura dan ASEAN – dalam kerjasama dengan rakan antarabangsa dan dialog kita – boleh melakukan sumbangan yang bermakna dan mengubah kehidupan rakyat kita, dalam negara kita sendiri, di rantau ini, dan melakukan sumbangan penting kepada komuniti global,” katanya.
— BERNAMA