Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanHomeMARencana & PendapatSabah

Kerajaan Komited Bantu Golongan Nelayan

By 27 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Matfazly Mat Kasim/Johnny George Kimlon (Kota Kinabalu)

MENUMBOK, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Kerajaan komited dalam menjaga kebajikan dan membela nasib para nelayan agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu memastikan para pengusaha perikanan menikmati taraf hidup yang baik sejajar dengan tahap kemajuan negara dan setanding dengan negeri-negeri lain.

Daud memalu gong sebagai gimik perasmian Pesta Nelayan Menumbok ke 19.

Daud memalu gong sebagai gimik perasmian Pesta Nelayan Menumbok ke 19.

“Banyak bantuan kerajaan kepada nelayan antaranya adalah bantuan subsidi nelayan dan elaun sara hidup nelayan.

“Ia merupakan antara usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban yang ditanggung bagi meningkatkan lagi keselesaaan hidup para nelayan,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Dr Daud Yusuf dalam Pesta Nelayan Menumbok di Tapak Pesta Nelayan Mempakul, pada Ahad.

Penyerahan Replika Cek oleh LKIM.

Penyerahan Replika Cek oleh LKIM.

Menurutnya, anjuran program dan pesta seumpamanya adalah sangat digalakkan kerana ia memberi peluang kepada golongan nelayan mengikuti perkembangan terkini sektor perikanan terutama dalam aspek teknologi dan inovasi baharu.

Pesta Nelayan Menumbok dengan tema ‘Nelayan Produktif dan Berwawasan’ merupakan acara tahunan yang ke-19 kali diadakan bertujuan untuk mempromosikan daerah kecil itu sekaligus menarik pelancong datang berkunjung.

Pada majlis perasmian tersebut, Daud turut menyampaikan Skim Bantuan Enjin Sangkut kepada tujuh orang nelayan.

Penyampaian sumbangan enjin sangkut kepada salah seorang penerima sumbangan.

Penyampaian sumbangan enjin sangkut kepada salah seorang penerima sumbangan.

Selain itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia juga menyerahkan sumbangan berjumlah RM146,600 Bantuan Sara Hidup Nelayan yang disampaikan kepada Daud.

Dalam majlis yang sama, Daud turut menyampaikan Anugerah Tokoh Nelayan yang dianugerahkan kepada AK Yunus Pangiran Bosuni.

Antara acara yang diadakan sepanjang pesta berlangsung adalah Pertandingan Battle of The Band, Pertandingan Bola Sepak Pantai dan Pertandingan Lumba Bot Laju yang turut menarik penyertaan peserta dari negara Brunei.

Daud ketika ditemui media selepas program berakhir.

Daud ketika ditemui media selepas program berakhir.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri N.26 Kuala Penyu, Datuk Limus Jury; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun; Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Mohd Jamil Abdullah; Pengerusi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan), Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok, Husin Narion.

ER

Tinggalkan komen anda