
Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 29 Okt (Malaysiaaktif) ā Setiap individu dan masyarakat diminta peka terhadap petanda awal masalah mental agar pesakit yang miliki petanda ke arah gejala tersebut dapat dibantu serta dirawat lebih awal.
Timbalan Pengarah Klinikal 1, Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Yogendra A/L Panchalingam berkata, masyarakat perlu dimaklumkan bahawa antara petanda awal penyakit mental berpunca daripada gangguan emosi dan pemikiran.
āGangguan emosi merujuk apabila individu tertentu mudah rasa resah, bersedih, murung, cepat tersinggung adakalanya menangis dan cepat marah.
āManakala perubahan sikap secara perlahan ataupun mendadak seperti perasaan curiga, meracau, gagal memberi tumpuan dan perhatian serta rasa takut berlebihan adalah tanda peringkat awal gangguan pemikiran,ā katanya.

Dr. Yogendra (kanan) ketika menerima cenderakenangan daripada Dr. Raziffah sejurus merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat HQE.
Tambah beliau, individu yang mengalami masalah atau gangguan mental pada peringkat awal juga mudah dikesan melalui perubahan tingkahlaku termasuklah lebih gemar berdiam diri, suka mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan, penampilan diri yang tidak terurus serta makan dan tidur yang tidak menentu.
Perubahan ini secara langsung mempengaruhi kemerosotan dari segiĀ prestasi kerja bagi penjawat awam, malas dan ponteng sekolah bagi pelajar, bercakap sendirian, cepat letih termasuklah mengalami gangguan semasa tidur.
Dr. Yoge berkata demikian semasa merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat HQE bertempat di Auditorium, Menara Berkembar HQE baru-baru ini.
āMasyarakat perlu menerima secara terbuka bahawa penyakit mental sama seperti penyakit lain malah rawatan segera yang lebih awal terhadap penyakit ini mampu dipulihkan sama seperti dengan penyakit-penyakit lain.
āKementerian Kesihatan Malaysia khususnya Jabatan Psikiatrik dan Mental HQE sentiasa mempergiat dan mengadakan pelbagai program bagi menyebarkan maklumat kepada masyarakat berhubung gejala penyakit mental termasuklah kaedah perkhidmatan rawatan dan perubatan yang ditawarkan.

Forum yang mengupas isu-isu berbangkit berhubung masalah mental daripada pelbagai sudut daripada panel penceramah jemputan.
āElak beri gambaran serong dan negatif, kita harus bersama-sama memainkan peranan menyokong, tingkatkan pengetahuan, dan hulur bantuan kepada pesakit mental kerana gejala penyakit mental boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia, bangsa, taraf ekonomi mahupun latar belakang keluarga, “jelas Yoge.
Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat HQE anjuran dan Jabatan Psikiatrik dan Kesihatan Mental didahului dengan sesi ceramah bertajuk āMental Health Promotion and Suicide Preventionā disampaikan oleh Dr. Kong Yik Hoe serta pameran berhubung masalah penyakit mental di Ruang Legar Lobi HQE.
Turut menarik perhatian sepanjang sambutan adalah sesi forum yang mengupas isu-isu berbangkit berhubung masalah mental daripada pelbagai sudut.

Sebahagian daripada kakitangan Hospital yang turut mempromosikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat HQE dengan tema āMental Health promotion and suicide preventionā
Antara yang dijemput selaku panel adalah Dr. Aini Simon daripada Klinik Kesihatan Penampang, Ustaz Jumat Abdul Razak daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah serta Pastor Raphael Biun daripada Sidang Injil Borneo, Kota Kinabalu. Forum dipengerusikan oleh Dr. Muhammad Firdaus Abdul Aziz.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital, Chaw Tat Bin; Ketua Jabatan Psikiatrik dan Kesihatan Mental HQE, Dr. Raziffah Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan serta para pelajar sekolah sekitar Kota Kinabalu.
ER