Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Karnival Maju Bersama Berlangsung Meriah

By 23 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Abd.Aziz/ Ariza Mohd.Zaki (Seberang Perai Tengah)

SEBERANG JAYA, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Hampir 1, 500 orang membanjiri program Karnival Maju Bersama bertempat di Taman Tunku Seberang Jaya yang merupakan salah sebuah lokasi Taman riadah bagi penduduk Seberang Jaya ini. Program Anjuran Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Seberang Jaya ini diadakan dengan kerjasama syarikat Prudential Sdn. Bhd merupakan penganjuran kali kedua setelah ianya diadakan pada tahun 2018 lalu.

Program yang berkonsepkan amalan gaya hidup sihat ini padat dengan pengisian yang menjurus kepada penjagaan kesihatan bermula dari seawal usia muda dan mengekalkan kesihatan sehingga ke usia tua. Antara aktiviti yang diadakan ialah Fun Walk 5 km, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan gigi percuma, zumba, dan beberapa aktiviti lain yang turut mencungkil bakat kanak seperti demo cup stacking iaitu sebuah permainan yang menguji ketangkasan dalam menyusun cawan.

Skuad Pulse Prudential Sdn. Bhd hadir menjalankan aktiviti pemeriksaan  kesihatan percuma

Skuad Pulse Prudential Sdn. Bhd hadir menjalankan aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma

Prudential Sdn. Bhd selaku penganjur bersama menyatakan bahawa mereka hadir bukan sahaja bagi tujuan mempromosikan Plan Perlindungan Insurans mereka tetapi juga ingin berkongsi kaedah soal jawab kesihatan melalui aplikasi telefon.

Peserta cilik merupakan pemenang hadiah utama cabutan bertuah

Peserta cilik merupakan pemenang hadiah utama cabutan bertuah

Adun Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin berkata, selain dari program-program Gaya Hidup Sihat di Taman Tunku Seberang Jaya ini, karnival ini juga turut diadakan di beberapa lokasi lain di sekitar Kadun Seberang Jaya bagi merangkumi penglibatan semua peringkat usia dengan kepelbagaian aktiviti lagi.

Dr. Afif Bahardin bergambar bersama penerima kerusi roda

Dr. Afif Bahardin bergambar bersama penerima kerusi roda

“Program seperti ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan kerana sambutan daripada masyarakat Seberang Jaya ini amat menggalakkan apatah lagi apabila ianya diadakan bertepatan dengan cuti persekolahan sekarang ini,” ujarnya lagi.

-II-

Tinggalkan komen anda