Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program Anti Dadah Daerah Pontian Disambut Meriah

By 23 Disember 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Mohamdd Hirsham Azmi/Krisha Selladurai

PONTIAN, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Program Anti Dadah Peringkat Daerah Pontian anjuran Majlis Tindakan Membenteras Dadah Daerah Pontian dengan kerjasama Malakoff Corporation Berhad mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di daerah Pontian khususnya.

Seramai 500 orang telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang disediakan oleh pihak penganjur antaranya antidrug fun run, forum bual bicara, pertandingan mewarna, dan pameran daripada agensi-agensi yang terlibat.

Acara melepaskan burung merpati yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pontian, Zulkifly Mohd Tahir sebagai tanda simbolik majlis perasmian.

Acara melepaskan burung merpati yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pontian, Zulkifly Mohd Tahir (tengah) sebagai tanda simbolik majlis perasmian.

Pegawai Daerah Pontian, Zulkifly Mohd Tahir berkata, program seumpama ini merupakan aktiviti yang baik dan sihat dalam kalangan masyarakat selain ia merupakan salah satu medium untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada komuniti tentang kepentingan menjauhi dadah.

“Saya percaya bukan hanya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang melakukan aktiviti seumpama ini malah agensi-agensi lain juga turut terlibat dalam menganjurkan program sedemikian demi mencapai satu matlamat iaitu gaya hidup sihat sejajar dengan slogan Komuniti Sihat Tanpa Dadah,” ujarnya lagi.

Norizan Zainal (tengah) bersama-sama dua orang anaknya turut menyertai antidrug fun run.

Norizan Zainal (tengah) bersama-sama dua orang anaknya turut menyertai antidrug fun run.

Menurut salah seorang peserta larian, Norizan Zainal, 48, program yang julung kali dianjurkan ini perlu disambut baik kerana ia bukan sahaja dapat menerapkan nilai hidup yang sihat dalam kalangan komuniti, malah masyarakat juga dapat pendedahan tentang gaya hidup keluarga bahagia tanpa najis dadah.

“Saya ingin berterima kasih kepada AADK kerana menganjurkan program ini di kawasan kami dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi kepada masyarakat seluruh daerah Pontian.” katanya lagi.
-NI-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda