Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Skuad Mobile Kiosk Bantu Sebar Informasi Kepada Masyarakat

By 8 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Suria bt Karim (Seberang Perai Selatan)

SUNGAI BAKAP, 8 Jan (Malaysiaaktif) – Umum mengetahui bahawa kerajaan telah mewartakan tempat awam sebagai kawasan larangan merokok. Ianya telah dilaksanakan penguatkuasaannya bermula pada 1 Januari 2020.

Skuad Mobile Kiosk menggembleng tenaga turun padang dalam usaha menyampaikan maklumat serta informasi bagi mewujudkan kesedaran tentang larangan merokok ini kepada masyarakat luar bandar di kawasan Pasar Awam Sungai Bakap.

Hebahan umum kepada penduduk setempat

Hebahan umum kepada penduduk setempat

Senarionya aktiviti merokok secara terbuka di tempat awam masih dilakukan tanpa menghiraukan kesannya kepada masyarakat sekeliling. Suasana ini juga seolah-olah menjadi rutin biasa bagi perokok tegar.

Pewartaan ini dikuatkuasakan bagi melindungi perokok pasif seperti kanak-kanak, bayi kecil serta kaum wanita yang seringkali terdedah kepada asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan.

Edaran penerbitan kepada orang ramai

Edaran penerbitan kepada orang ramai

Edaran bahan penerbitan kepada orang ramai seperti buku serta poster yang berkaitan dengan pewartaan merokok ini turut diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua golongan lapisan masyarakat.

Bagi individu yang melanggar peraturan ini akan dikenakan kompaun denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun. Manakala bagi pemilik premis makanan pula, mereka akan dikenakan denda sebanyak RM3000 atau penjara tidak lebih 6 bulan jika tidak mempamerkan tanda larangan merokok.

-II-

Tinggalkan komen anda