Skip to main content
Berita TengahKuala Lumpur

Lebih 3,500 Sertai Biodegradable Fun Run

By 20 Januari 2020Oktober 5th, 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tengku Nor Liza Tengku Yahya/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 20  Jan (Malaysiaaktif) – Lebih 3,500 peserta daripada pelbagai lapisan peringkat umur tidak melepaskan peluang menyertai acara Larian ‘Biodegradable Fun Run 2020’ anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan bersempena Kempen Penggunaan Produk Biodegradasi.

Larian sejauh 7km yang bermula seawal 7.00 pagi itu dilepaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalan Raja Laut di sini, semalam.

Menurut Khalid Samad,  tujuan acara ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar melalui penggunaan produk biodegradasi khususnya di Wilayah Persekutuan.

Pada tahun 2019, sebanyak 432 notis amaran dan 1156 kompaun telah dikeluarkan terhadap peniaga yang tidak mematuhi arahan penggunaan produk biodegradasi di seluruh Wilayah Persekutuan.

Khalid memotong straw plastik gergasi sebagai gimik Kempen 'Say No To Plastic Straws'

Khalid memotong straw plastik gergasi sebagai gimik Kempen ‘Say No To Plastic Straws’

Tindakan penguatkuasaan ini juga dikenakan terhadap mereka yang tidak mematuhi larangan penggunaan straw plastik.

Justeru, Khalid menyeru seluruh warga Wilayah Persekutuan  menggunakan produk-produk biodegradasi dan menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar tanpa mengira perbezaan politik.

“Saya berharap semua warga kota akan menggunakan lebih banyak bahan biodegradasi dan sedar akan keburukan menggunakan plastik sekali guna menyebabkan pencemaran alam sekitar yang semakin serius,” kata beliau mengutarakan harapan kementeriannya ke arah mewujudkan bandaraya hijau.

Lebih 3,500 warga Wilayah menyertai Biodegradable Fun Run 2020 sebagai tanda sokongan terhadap kempen penggunaan produk biodegradasi di bandaraya Kuala Lumpur

Lebih 3,500 warga Wilayah menyertai Biodegradable Fun Run 2020 sebagai tanda sokongan terhadap kempen penggunaan produk biodegradasi di bandaraya Kuala Lumpur

Orang ramai disarankan untuk membawa beg sendiri semasa membeli belah, membawa bekas sendiri sewaktu membungkus makanan dan menggunakan straw minuman alternatif seperti straw guna semula, straw kertas dan straw biodegradasi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Hajah Rosida binti Jaafar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham A Dahlan.

-AO

Tinggalkan komen anda