Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

TABAH Perkasa Peranan Belia

By 25 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Norfazila Ahmad (Politeknik Nilai)

SEREMBAN, 25 Jan (Malaysiaaktif) – “Realiti masa kini memerlukan Malaysia menyediakan modal insan terpuji dan berakhlak mulia bagi menghadapi cabaran teknologi baharu yang kompleks,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani.

Beliau berkata kerajaan Negeri Sembilan telah mewujudkan Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) bagi memperkasa peranan belia dan sebagai pusat sehenti bagi menyelaras aktiviti mahasiswa di negeri ini.

Jelas Taufek, lima kluster TABAH yang akan diberi fokus adalah pendidikan, kemahiran, kerjaya, sukarelawan dan penyelidikan yang signifikan dalam memperkasa dan melahirkan mahasiswa yang lebih cemerlang dan unggul.

“Bakal mahasiswa perlu sedar dan merebut peluang selama tiga hingga empat tahun di institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk mempersiap diri bagi menghadapi cabaran masa depan,” katanya ketika merasmikan Malam Success Award@PNS di Dewan Seri Putra Politeknik Nilai, di sini baru-baru ini.

Beliau turut mencadangkan agar pihak pengurusan Politeknik Nilai dapat bersama-sama dengan kerajaan negeri berbincang bagi menjadikan pusat pengajian tersebut sebagai hub pembangunan sukan dan sukarelawan menerusi kluster yang dinyatakan.

Success Awards@PNS merupakan satu platform bagi mengiktiraf pencapaian para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dan kepimpinan yang holistik serta kompeten, ianya mempertandingkan sebanyak lapan anugerah kecemerlangan dan tujuh anugerah kepimpinan siswa.

Hadir sama, Pengarah Politeknik Nilai, Nazri Idris.

-AK

Tinggalkan komen anda