Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Perak Kembali Gemilang@Lenggong Angkat Budaya Melayu

By 10 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel/Ramli Hassan (Kuala Kangsar)

LENGGONG, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Bertemakan warisan dunia, program sambutan Kempen Perak Kembali Gemilang@Lenggong dilihat berjaya mengangkat martabat budaya Melayu dengan mengenakan konsep Melayu klasik.

Pengasas Lenggong TV, Datuk Jurey Latif Rosli, berkata kempen ini bertujuan memurnikan dan melestarikan keharmonian pelbagai kaum utama di Malaysia dengan melibatkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

“Kita ingin memberi tumpuan kepada dasar dan hala tuju kerajaan di negeri ini dalam penyampaian maklumat yang terarah kepada pembangunan sosioekonomi rakyat termasuk mempromosikan pelbagai tempat menarik di sekitar Daerah Lenggong,” katanya ketika ditemui sempena program tersebut, di sini semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong merangkap Ketua Penolong Pegawai Daerah Rosdi Mohd Yaacob, berkata pelbagai tempat menarik dapat diterokai di Lenggong selain daripada Perak Man yang sinonim di daerah ini.

“Saya amat berbesar hati kerana Lenggong menjadi platform pertama mempromosikan kebudayaan Negeri Perak seterusnya menjadikan sejarah dan keunikan daerah ini lebih dikenali ramai,” ujarnya.

Hadir merasmikan program ini Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

-SH

Tinggalkan komen anda