Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

IOW Didik Masyarakat Bermaklumat

By 18 Februari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kalaimani Munian (Ipoh)

GOPENG, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg. Rapat, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menjelaskan inisiatif Info on Wheel (IOW) Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia sebagai pendekatan efektif dalam memasarkan maklumat kepada masyarakat.

“Melalui program sebegini jabatan dapat menyampaikan maklumat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Walaupun IOW baru diperkenalkan tetapi rata-rata menyokong dan menyambut baik inisiatif JaPen dalam menyebar luas maklumat kepada masyarakat,” ujarnya dalam Program Jom Bersama ADUN Sg. Rapat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Desa Pinji, di sini kelmarin.

Nizar turut memuji usaha JaPen berkerjasama dengan pemimpin tempatan untuk bertemu dengan masyarakat India pada program ini bagi memberi penerangan berkaitan inisiatif terbaharu kerajaan seperti pengurangan kadar tol, Bantuan Sara Hidup (BSH), skim mySalam dan sebagainya.

“Pengedaran bahan penerbitan dan risalah dari JaPen membantu rakyat memahami dengan lebih terperinci maklumat sedia ada dan secara tidak langsung dapat menyekat penyebaran maklumat palsu.

“Inisiatif yang dicetus oleh JaPen ini mampu meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda