Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Festival Komuniti Agropeneur Muda Latih Pelajar Jadi Usahawan

By 9 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Penganjuran Festival Komuniti Agropreneur Muda Kolej Komuniti Kepala Batas dengan kerjasama FAMA Pulau Pinang telah memberi ruang kepada para pelajar untuk berniaga, berinteraksi dengan pelanggan serta meningkatkan daya kreatif dan ‘teamwork’ dalam kalangan mahasiswa.

Festival tersebut terbuka bukan sahaja untuk  pelajar tetapi juga komuniti setempat yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran dan ianya telah berlangsung selama satu hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Mohd Nawawi Harun, Pengarah Kanan Agropreneur Muda FAMA.

My Agrosis Talk anjuran FAMA iaitu satu sesi perkongsian khas buat ahli My Agrosis KKKB dan pengunjung yang hadir.

My Agrosis Talk anjuran FAMA iaitu satu sesi perkongsian khas buat ahli My Agrosis KKKB dan pengunjung yang hadir.

Turut diadakan, Pelancaran Kelab My Agrosis Kolej Komuniti Kepala Batas 2020 dengan objektif Kelab My Agrosis ini adalah untuk melahirkan generasi usahawan siswazah pertanian yang moden dan kreatif serta meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pemasaran pertanian dalam institusi tersebut hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Gerai jualan selain daripada My Best Buy FAMA, pelbagai jenis gerai seperti makanan, minuman, barang keperluan harian, tekstil, telah diusahakan oleh pelajar sendiri bagi memahami konsep perniagaan dan mencabar diri mereka dalam melaksakankan sebuah perniagaan.

Sesi Walkabout ke ruang pameran IOW Jabatan Penerangan dan jualan oleh tetamu kehormat.

Sesi Walkabout ke ruang pameran IOW Jabatan Penerangan dan jualan oleh tetamu kehormat.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Kolej Komuniti Kepala Batas, Shantini, beliau berkata, maklum balas positif diterima terutamanya daripada komuniti setempat dengab ‘Free Market’ adalah gerai yang paling ramai dikunjungi kerana menawarkan barang-barang keperluan dapur dengan melaksanakan aktiviti interaktif yang cukup mudah dan menarik.

Pengedaran maklumat semasa aktiviti IOW.

Pengedaran maklumat semasa aktiviti IOW.

Majlis pelancaran berakhir dengan sesi walkabout oleh barisan tetamu kehormat. Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah turut tidak ketinggalan untuk hadir bagi memeriahkan suasana dalam melaksanakan aktiviti Info On Wheels (IOW) #TeamSPT bagi menyampaikan maklumat secara terus berkaitan langkah-langkah pencegahan wabak Covid19, PeKa B40, mySalam dan Penurunan kadar tol sebanyak 18%. Turut dibuka kaunter semakan PeKa B40 dan pendaftaran mySalam khas untuk pengujung Festival Komuniti Agrpreneur Muda ini.

-ii-

Tinggalkan komen anda