Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM Umum Barisan Kabinet Baharu ‘Peduli Rakyat’

By 9 Mac 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan Kabinet baharu di Perdana Putra, Putrajaya.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lepas.

Pelantikan Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Perdana Menteri kelapan, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilantik ke jawatan nombor satu kerajaan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Feb, sehingga mencetuskan krisis politik tanah air, menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa dan perubahan gabungan parti-parti politik.

Berikut adalah intipati pengumuman itu:

5 petang – PM Muhyiddin Yassin mulakan sidang media bagi mengumumkan barisan Kabinet baharu di Putrajaya.

– Semua anggota kabinet telah melepasi tapisan oleh pihak SPRM dan PDRM – PM Muhyiddin.

– Kementerian khusus dinamakan Kementerian Perpaduan Negara akan ditubuhkan – PM Muhyiddin.

– Kementerian Alam Sekitar diwujudkan khusus untuk berkaitan aspek kelestarian alam sekitar – PM Muhyiddin.

– Portfolio khusus mengenai Hal Ehwal Sabah dan Sarawak akan diwujudkan – PM Muhyiddin.

– Menteri Kanan – Menteri Pertahanan : Ismail Sabri Yaakob.

– Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri : Azmin Ali.

– Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) : Mustapa Mohamed.

– Menteri Kanan – Menteri Pendidikan : Mohd Radzi Md Jidin.

– Menteri Kerja Raya: Fadillah Yusof.

– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) : Mohd Redzuan Md Yusof.

– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang): Takiyuddin Hassan.

– Menteri Pengangkutan : Dr. Wee Ka Siong.

– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi): Mustapa Mohamed.

– Menteri Alam Sekitar : Tuan Ibrahim Tuan Man.

– Menteri Sumber Manusia : Saravanan A/L Murugan.

– Menteri Pengajian Tinggi : Noraini Ahmad.

– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) : Dr Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri .

– Menteri Wilayah Persekutuan : Annuar Musa.

– Menteri Dalam Negeri : Hamzah Zainuddin.

– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) : Dr Maximus Jonity Ongkili.

– Menteri Tenaga dan Sumber Asli : Shamsul Anuar Nasarah.

– Menteri Pertanian dan Industri Makanan : Dr Ronald Kiandee.

– Menteri Kesihatan : Adham Baba.

– Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna : Alexander Nanta Linggi.

– Menteri Luar : Hishammuddin Hussein.

– Menteri Pembangunan Luar Bandar : Dr Abd Latiff Hj Ahmad.

– Menteri Komunikasi dan Multimedia : Saifuddin Abdullah.

– Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Zuraida Kamaruddin.

– Menteri Kewangan : Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

– Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

– Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan : Nancy Shukri.

– Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi : Khairy Jamaluddin.

– Menteri Perpaduan Negara : Halimah Mohamed Sadique.

– Menteri Belia dan Sukan : Reezal Merican Naina Merican.

– Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi : Mohd Khairuddin Aman Razali.

– Tiada keperluan lantik Timbalan Perdana Menteri pada masa ini – PM Muhyiddin.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda