Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke-12

By 9 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Kemelut politik yang melanda Negeri Melaka berakhir dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Sulaiman Md Ali, dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu, sebentar tadi.

Beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Dewan Utama Seri Negeri, di sini.

Krisis politik Melaka bermula apabila empat ADUN Pakatan Harapan yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan mantan ketua Menteri Melaka Adly Zahari yang akhirnya membawa kepada pembentukan Perikatan Nasional (PN) 13 ADUN Barisan Nasional, dua ADUN Bersatu, dan masing-masing satu dari PKR dan DAP menjadikan jumlah PN 17 berbanding PH yang kini 11 kerusi.

Sulaiman, 55, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah adalah anak kelahiran Jalan Bangsal Rebah, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri pada 2014-2018.

Selain mempunyai kelulusan Profesional Sarjana Pengurusan, Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC) dari United Kingdom, beliau juga memiliki kelulusan latihan di Akademi Laut Malaysia (ALAM) serta berpengalaman dalam bidang industri minyak dan gas selama 25 tahun.

-SH

Tinggalkan komen anda